WARISAN KITA
![Picture](/uploads/1/3/8/3/13839397/2102371.jpg)
Warisan kuda kepang didalam unsur
kesenian,terbahagi kepada empat bahagian iaitu seni suara,seni gerak,seni
rupa,dan seni permainan tradisional.Manakala didalam seni gerak terdapat pula
pelbagai jenis tarian,antaranya tarian joget,tarian mak inang,tarain zapin,dan
banyak lagi,saya memilih Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat
Melayu tradisional. Tarian ini adalah tarian warisan budaya nenek moyang kita
dahulu lagi.Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas pada
pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu
mengisahkan peperperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian
ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat
agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan
menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Didalam unsur

menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.Tarian Kuda kepang
amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda
kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki.
Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan
untuk menjadi lebih menarik.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi
setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua.
Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang
menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan
di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu
menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari
perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang
menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan
menimpa musibah.Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada
pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah
Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di
Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana.
Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu
berlalu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi
menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada
kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali
maka lahirlah tarian kuda kepang.Kesimpulannya,inilah serba sedikit pengenalan
kuda kepang.